Bijirin Penuh

This post is also available in: enEnglish zh-hans中文

Apa itu bijirin penuh?

Bijirin merupakan makanan ruji pada semua manusia.
Bijirin penuh merangkumi kesuluruhan benih tumbuhan dan juga merupakan sumber tenaga pada kehidupan. 

Bijirin penuh mempunyai tiga bahagian – endosperma (beras putih), bran, dan embrio. Hasil kajian menunjukkan amalan pemakanan bijirin penuh membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Kebaikan bijirin penuh termasuk :
• Mengurangkan risiko angin ahmar / strok  • Mengurangkan risiko diabetes ‘type 2’  • Mengurangkan risiko sakit jantung
• Membantu mengawal berat badan  • Mengurangkan keradangan  • Mengurangkan risiko kanser usus besar

Sumber: Summary of Recent Research on Whole Grains and Health 2017 Edition

Pengambilan makanan dan diet sihat sangat penting untuk memperoleh faedah kesihatan maximum daripada bijirin penuh.

Apakah diet keseluruhan yang sihat?
Konsep utama makan secara sihat adalah, seimbang, sederhana, dan pelbagai (BMV – Balance, Moderation, and Variety).

Piramid makanan – panduan berdasarkan jenis makanan & pengambilan yang disyorkan untuk memperoleh diet yang sihat.

Seimbang : Ambil makanan berdasarkan piramid makanan untuk mendapat nutrisi seimbang. Individu mesti mengambil lebih makanan di carta paling bawah piramid makanan dan kurangkan pengambilan di carta paling atas piramid.

Sederhana : Amalkan bersederhana dengan tidak mengambil makanan terlalu banyak atau sikit.

Pelbagai : Makan makanan yang pelbagai dari piramid makanan, kerana lain makanan memberi nutrisi yang berbeza.

Tip!!
Bijirin penuh lebih berkhasiat dan sihat berbanding bijirin yang diproses. Oleh itu, dalam pengambilan bijirin harian kita pilih bijirin penuh seperti roti bijirin penuh, sarapan bijirin penuh dan biskut.

GoodMorning 18 Bijirin

Ada pepatah, “Minuman lazat tidak sihat; minuman sihat tidak sedap”. Kebiasaannya kita mempunyai persepsi bijirin penuh tidak sedap.

Tetapi, GoodMorning 18 Bijirin merupakan minman bijirin penuh yang berkhasiat dan boleh diterima dengan rasa yang lazat.

GoodMorning 18 Bijirin diproses dari 18 jenis bijirin premium yang terpilih berasaskan 5 warna fitonutrien. Setiap warna kaya dengan nutrisi khas yang membantu meningkatkan tenaga 5 organ utama badan kita.

Download free Mobile APP to get surprise Coupon.
DOWNLOAD NOW