Makanan Pelangi
This post is also available in:
English
中文
Pernahkah anda dengar tentang pentingnya untuk makan “makanan pelangi”?
Terdapat lima kategori warna yang berbeza: merah, ungu/biru, kuning, hijau dan putih/perang. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri untuk melawan penyakit yang dipanggil fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan makanan warna yang terang dan sifat kebaikan mereka.
Merah menguatkan jantung, hijau memelihara hati, kuning/oren memberi manfaat kepada limpa dan perut, putih/perang melembapkan paru-paru, hitam/ungu/biru, memelihara ginjal.
Perbatan Cina telah dikaji dengan teliti tetang hubungan antara organ badan dan warna makanan. Perubatan Cina menekankan tentang kepentingan mengekalkan badan yang sihat dan seimbang. Setiap warna makanan harus dimakan secara sederhana, setiap warna kaya dengan nutrient khusus untuk membantu menghidupkan 5 prinsip organ dalam badan, memulihkan keseimbangan dalam tubuh secara keseluruhan.
Kajian nutrisi Barat menunjukkan bahawa “Diet Pelangi” menyediakan pelbagai nutrient dan antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imuniti badan, mengekalkan dan meningkatkan sistem imuniti dan mengurangkan risiko penyakit kronik.
Merah:
Kebaikan: Karotenoid dan lycopene adalah antioksidan yang kuat dan telah dikaitkan dengan mengurangkan risiko beberapa jenis kanser, terutamanya kanser prostat. Selain itu, lycopene dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan risiko penyakit jantung.
Contoh: Tomato, produk tomato, kacang merah, beras merah, tembikai, bit merah, strawberi, epal merah.
Kuning/Oren:
Kebaikan: Karotenoid memberikan kumpulan ini warna yang terang. Beta-cryptoxanthin, beta-karoten dan alpha-karoten adalah karotenoid oren yang boleh ditukar di dalam tubuh menjadi vitamin A, nutrien untuk penglihatan dan fungsi imun, serta kesihatan kulit dan tulang. Sejenis karotenoid yang dipanggil lutein disimpan di dalam mata dan boleh membantu mencegah katarak dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia.
Contoh: Lobak, mangga, ubi keledek, labu, aprikot, kacang soya, jagung, sekoi (sejenis bijirin)
Hijau:
Kebaikan: Kumpulan warna ini mengandungi pelbagai phytochemicals seperti karotenoid, indole dan saponin, semuanya mempunyai sifat anti-kanser. Selain itu, sayur-sayuran hijau kaya dengan asid folik dan vitamin K. Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub neural semasa mengandung dan vitamin K adalah penting dalam pembentukan darah beku.
Contoh: Brokoli, kobis, bak coi, kobis brussels, kacang hijau, kiwi.
Hitam/Ungu/Biru:
Anthocyanin pigmen dalam tumbuhan adalah faktor yang memberi warna kepada kumpulan ini. Anthocyanin juga mempunyai sifat antioksidan yang melindungi sel-sel daripada kerosakan dan boleh membantu mengurangkan risiko kanser, strok dan penyakit jantung.
Contoh: Terung, beri biru, beri hitam, prun, plum, anggur (ungu), kacang soya hitam, bijan hitam.
Putih/perang:
Makanan berwarna putih mengandungi pelbagai fitokimia yang baik untuk kesihatan seperti anthoxanthins, sulfur, allicin dan quercetin. Anthoxanthins membantu menurunkan kolestrol dan tekanan darah; sulfur membantu struktur protein dan kesihatan kulit; allicin mengandungi sifat anti-tumor manakala quercetin mempunyai sifat anti-radang.
Contoh: Kobis bunga, pear (perang), cendawan, pic (putih), bawang putih, kentang, barli, biji teratai
Bijirin pelangi untuk kesihatan anda
GoodMorning 18 Bijrin diperbuat daripada 18 jenis bijirin premium terpilih dan 5 warna fitronutrien. Setiap warna kaya dengan nutrient tertentu yang membantu menghidupkan lima prinsip organ dalam tubuh kita.

Selain itu, GoodMorning 18 Bijirin adalah tinggi dalam serat makanan, protein, vitamin B, vitamin E dan mineral seperti zat besi, kalsium dan zink yang membantu kesihatan secara keseluruhan dan menguatkan sistem imuniti. Bijirin penuh dan serat makanan menambah baik tahap kolestrol dalam darah dan tekanan darah, dan juga mengawal gula dalam darah.

Sumber:
https://kknews.cc/health/k8n39kb.html
https://www.todaysdietitian.com/newarchives/110308p34.shtml