Menu
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia
  • Info Syarikat
    • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Profil Syarikat
    • The Legend (Ebook)
  • Sijil
  • SHOP
  • Maklumat Produk
  • Media
    • Berita
    • Galeri Gambar
    • Videos
    • Pengumuman
    • My First Love
  • Promosi & Acara
    • Promotions
    • Acara
  • Testimonial
  • Sudut Kesihatan
  • Resipi
  • BM
    • English
Close Menu

Fakhira Juara Pertandingan Memasak Deliciously Healthy #DAPURVHALIA

Blog, Surat Khabar & Majalah #DapurVHalia

This post is also available in: English

Nur Fakhira Mohd Rosli dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan lima lagi peserta dalam pertandingan memasak peringkat akhir Dapur VHalia di Event Hall [email protected] Bistro, Cheras hari ini.

Selaku juara, Fakhira membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan baucer tunai RM1,000 produk GoodMorning.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Zuhira Mohd dengan hadiah wang tunai RM300 dan baucer tunai RM500 produk GoodMorning. Sufaini Bidin pula mendapat tempat ketiga, hadiah wang tunai RM200 dan baucer tunai RM100 produk GoodMorning.

Pertandingan memasak anjuran GoodMorning Global Sdn. Bhd. yang menggunakan produk VHalia sebagai bahan utama dalam hidangan kulinari peserta ini diadilili oleh cef selebriti dan selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob selaku ketua juri.

Selain itu, juri lain yang turut mengadili peserta adalah Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GoodMorning Global, Dato’ Dr. Lik Sin Boo; Penasihat GoodMorning Global, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ting Chew Peh dan Penasihat Korporat Kanan, Datuk Seri Garry K.S. Chua yang juga Presiden Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA) serta pemilik restoran Thai Imperial Chakri Palace.

 

Menurut Fazley, terlibat dalam kempen GoodMorning VHalia adalah satu penghormatan besar buatnya dalam bekerjasama dalam kempen ini.

“Menerusi kempen ini, pihak GoodMorning mencari peserta yang paling kreatif menghasilkan juadah kesihatan dengan menggunakan produk VHalia keluaran mereka.

“Saya sendiri sebagai seorang tukang masak telah menggunakan produk VHalia dalam masakan saya seperti kek dan masak lemak cili api dirumah dan juga restoran. Ia mengandungi 18 jenis bijirin dan sangat berkhasiat,” kata Fazley.

Sementara itu, Lim memberitahu bahawa pertandingan ini diadakan untuk mengubah persepsi masyarakat yang menganggap minuman dan makanan sihat tidak mempunyai rasa yang sedap.

“Makanan dan minuman kesihatan bukan sahaja mendorong gaya hidup yang lebih sihat tetapi juga enak dan sedap untuk dinikmati.

“Dengan mengadakan pertandingan ini, diharap akan meningkatkan kesedaran umum tentang makanan kesihatan seperti produk keluaran GoodMorning juga boleh dijadikan menu menyedapkan, kurang rumit serta menyelerakan buat pengguna.

“Selain itu, pertandingan sebegini juga dapat memupuk kesedaran awam tentang gaya hidup sihat dalam sesebuah komuniti sekali gus menyatukan semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang,” jelas Lim.

Sumber: URTV

Related Posts

Media, Surat Khabar & Majalah

道一声 GoodMorning 换一身健康体魄

Media, Surat Khabar & Majalah

温情之手 点亮社会

Media, Surat Khabar & Majalah

庄严宗亲总会与晨旭之美合作

Back To Top
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia

KHIDMAT PELANGGAN: +6011 1100 1818 / 1 300 22 1818 ORDER PERTANYAAN: +6013 911 1818

Ikuti Kami

About Us

  • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Profil Syarikat
  • The Legend (Ebook)

Customer Support

  • FAQ
  • Terms of Use
  • Shipping Policy
  • Return Policy

Find Us

  • Hubungi Kami
  • Store Locator

Newsletter

Subscribe and get our promotion, recipes and events info
Copyright © GoodMorning Global® Sdn Bhd. All Rights Reserved.