Menu
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia
  • Info Syarikat
    • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Profil Syarikat
    • The Legend (Ebook)
  • Sijil
  • SHOP
  • Maklumat Produk
  • Media
    • Berita
    • Galeri Gambar
    • Videos
    • Pengumuman
    • My First Love
  • Promosi & Acara
    • Promotions
    • Acara
  • Testimonial
  • Sudut Kesihatan
  • Resipi
  • BM
Close Menu

Fazley Pentingkan Kualiti Sebelum Terima Tawaran Jadi Duta Produk

Blog #DapurVHalia

Penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob berkata beliau amat mementingnkan kualiti sebelum menerima mana-mana tawaran sebagai duta produk.

Menurut Fazley, sebagai seorang chef beliau sentiasa memastikan produk yang diwakilinya itu mengandungi bahan-bahan yang berkualiti selain mendapat kelulusan daripada kementerian berkaitan.

“Sebelum jadi duta memang saya akan periksa dulu kualiti sesuatu produk itu. Saya akan check dulu ramuan yang digunakan, pengilang serta mendapat kelulusan daripada pihak berkaitan.

“Untuk produk GoodMorning VHalia ini memang saya tidak ragu-ragu untuk menjadi duta kempen mereka kerana ibu saya memang dah guna produk ini sejak setahun lalu dan apabila ditawarkan oleh mereka sudah pasti saya gembira sebab produk minuman kesihatan ini memang betul-betul bagus dan berkesan,” kata Fazley kepada KopiPlanet.com.

Fazley ditemui pada pertandingan akhir masakan makanan berkhasiat menggunakan produk Good Morning VHalia yang diadakan di Restoran Suka-Sucre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Fazley lagi sebagai seorang chef, beliau ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya sentiasa menjaga pemakanan agar dapat mengelak daripada dijangkiti penyakit berbahaya.

“Saya rasa ada tanggungjawab untuk menyedarkan orang ramai agar sentiasa jaga pemakanan yang kita ambil. Orang kita bila cakap pasal produk makanan organik, mereka kata ia mahal, tapi bagi saya bila kita dijangkiti penyakit dan perlu membayar kos perubatan itu lagi mahal.

“Saya pun ada terfikir selepas ini membuka sebuah restoran makanan kesihatan dan organik yang dijual pada harga berpatutan agar kita semua dapat menjaga kesihatan bersama-sama,” katanya lagi.

Fazley dilantik sebagai duta kempen GoodMorning VHalia sejak bulan Jun lalu. GoodMorning VHalia merupakan minuman bernutrisi yang terkandung 18 jenis bijirin penuh serta sembilan bahan unik lain.

Produk ini boleh didapati dengan harga pasaran RM47.00 untuk satu kilogram dan RM10.20 yang mengandungi lapan pek mudah.

 

Sumber: kopiplanet.com

Related Posts

Blog, Sudut Kesihatan

Raya raya juga. Jangan lupa detoks ya!

Blog, Sudut Kesihatan

Perut Tak Selesa, Banyak Sangat Makan Rendang?

Blog, Sudut Kesihatan

Tips Mata Cantik di Hari Raya

Back To Top
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia

KHIDMAT PELANGGAN: +6011 1100 1818 / 1 300 22 1818 ORDER PERTANYAAN: +6013 911 1818

Ikuti Kami

About Us

  • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Profil Syarikat
  • The Legend (Ebook)

Customer Support

  • FAQ
  • Terms of Use
  • Shipping Policy
  • Return Policy

Find Us

  • Hubungi Kami
  • Store Locator

Newsletter

Subscribe and get our promotion, recipes and events info
Copyright © GoodMorning Global® Sdn Bhd. All Rights Reserved.