FAQ

This post is also available in: enEnglish zh-hans中文

Persamaan antara Vplus, VGold, VGrains and VHalia?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Vplus, VGold, VGrains dan VHalia merupakan minuman khasiat yang dibuat daripada 18 jenis bijirin penuh yang kaya dengan 5 warna fitonutrien. Fitonutrien ini mempunyai antioksidan yang tinggi, dapat membantu dalam melewatkan penuaan serta memanfaatkan limaorgan utama dalam badan. Kebanyakan kita jarang mendapat nutrisi daripada bijirin penuh dalam makanan seharian kita. Bijirin penuh seperti beras perang mengandungi 100% nutrien termasuk protein, vitamin, mineral, serat makanan dan sebagainya. Manakala beras putih hanya mempunyai 5% nutrien, iaitu kanji atau dikenali sebagai gula darah dalam tubuh.Selain itu, ketiga-tiga produk ini juga mengandungi kalsium; lesitin; serat larut air dan prebiotik.

Perbezaan antara Vplus, VGold, VGrains and VHalia?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Selain daripada 18 jenis bijirin penuh, Vplus, VGold, VGrains dan VHalia 18 bijirin turut mengandungi bahan unik seperti berikut:

Vplus VGold VGrains VHalia
5 bahan unik:
Akar bit merah, serat larut air, soy lesitin, prebiotik, kalsium
9 bahan unik:
Ashitaba, okra, ubi cina, sesamin, lutein, serat larut air, soy lesitin, prebiotik, kalsium
7 bahan unik:
Ubi keledek ungu, beri biru, lutein, serat larut air, soy lesitin, prebiotik, kalsium
9 bahan unik:
Buluh halia, kurma, quinoa merah, B-glukan, lutein, serat larut air, soy lesitin, prebiotik, kalsium
  • Tinggi dalam antioksidan dan zat besi
  • Detoksifikasi badan
  • Meningkatkan jumlah darah
 
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Menggalakkan  pengaliran darah untuk mengaktifkan sel badan
  • Anti-penuaan
  • Tinggi dalam antioksidan
  • Bagus untuk pergerakan usus
  • Beri biru dan lutein bagus untuk perlindungan mata
  • Memperbaiki penghadaman
  • Panaskan badan

*Mengandungi makanan Sunnah

 

Adakah individu yang berasid urik tinggi sesuai untuk mengambil minuman 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Menurut kepada laporan penyelidikan, pengambilan kacang soya atau kacang-kacang yang lain tidak akan menyebabkan serangan masalah gout atau masalah berasid tinggi. Kesan asid urik daripada purin tumbuhan adalah lebih rendah berbanding dengan purin dari haiwan. Penyelidik dari NUS mendapati bahawa kadar berlakunya gout akibat daripada pengambilan daging dan makanan laut adalah antara 8% hingga 27%. Manakala kacang soya dan kacang-kacang lain bukan sahaja tidakakan menyebabkan gout malah dapat mengurangkan risiko gout sebanyak 14%.

Makanan yang berpurin tinggi seperti organ dalaman haiwan, makanan laut, makanan kerang dan cendawan. Sebenarnya, individu yang berasid urik tinggi boleh mengambil makanan kacang, akan tetapi mereka sewajarnya berwaspada pada quantiti dan cara makannya.

Bijirin yang terkandung dalam GoodMorning 18 bijirin sesuai untuk diambil oleh individu yang berasid urik tinggi. Tambahan pula, 18 bijirin mengandungi antioksidan yang tinggi yang dapat menguatkan imunisasi badan, kandungan serat yang tinggi turut membantu dalam badan detoksifikasi. Pengambilan minuman 18 bijirin setiap hari sebagai pengganti kepada pengambilan makanan daging dalam diet seharian.

Berikut merupakan laporan penyelidikan daripada NUS:
http://news.nus.edu.sg/images/resources/news/2015/2015-05/2015-05-07/RISK-lhzb-7may-p6.pdf

Mengapa ketulan muncul apabila dibancuh?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Ketulan akan muncul pada minuman 18 bijirin sekiranya air panas ditambah secara terus. Oleh itu, adalah digalakkan untuk bancuh dengan air biasa dan kacau terlebih dahulu dan kemudiannya tambah dengan air panas (suhu antara 70°C – 80°C).

Bolehkah minuman 18 Bijirin dijadikan sebagai penggantian makanan?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Saiz hidangan untuk dijadikan sebagai penggantian makanan adalah dua hidangan, iaitu 4 sudu Vplus 18 bijirin + 250ml air; 6 sudu VGrains/VHalia 18 bijirin + 250ml air.
*Minuman 18 bijirin merupakan sarapan pagi yang mudah disedia berbanding dengan sarapan yang tipikal seperti nasi lemak, roti canai, mi, roti dan biskut yang berkalori tinggi, berminyak tinggi dan bergula tinggi.

Sekiranya ingin dijadikan sebagai minuman, satu hidangan adalah mencukupi, manakala saiz hidangan untuk nasi, mee atau roti yang diambil perlu dikurangkan separuhnya. Hal ini kerana 18 bijirin sudah menggantikannya. (Contoh: sekiranya anda biasa mengambil 2 keping roti, apabila anda ingin mengambil bersama dengan minuman 18 bijirin, manakala 1 keping roti sudah mencukupi)

 

Adakah individu yang sembelit sesuai untuk mengambil minuman 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Minuman 18 bijirin merupakan minuman berkhasiat yang tinggi dengan serat makan, kesan detoksifikasi juga bagus dengan adanya prebiotik dalam minuman 18 bijirin ini. Ubi keledek ungu, beri biru dan bijirin mengandungi antioksidan yang tinggi serta mempunyai fungsi untuk anti penuaan.

Adakah kanak-kanak yang menghadapi masalah penghadaman sesuai untuk mengambil minuman 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah penghadaman, mereka boleh mengambil VGold 18 bijirin. Hal ini kerana minuman ini ditambah dengan ubi cina yang dapat membantu dalam penghadaman.

VGrains adalah lebih digemari oleh kebanyakan kanak-kanak disebabkan oleh rasa manisnya. Akan tetapi minuman VGold ini juga sesuai bagi kanak-kanak kerana mengandungi bijirin yang dapat menyelesakan perut, serat larut yang membantu dalam detoksifikasi dan juga prebiotik yang dapat menguatkan imunisasi badan.

Adakah minuman 18 Bijirin sesuai untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Kepekaan terhadap insulin berkurang apabila ibu mengandung. Dalam tempoh kehamilan ini, pengambilan bijirin penuh yang tinggi dengan serat dapat melambatkan pembebasan glukosa ke dalam darah, pada masa yang sama memberikan rasa kenyang kepada ibu mengandung. Di samping itu, vitamin dan mineral seperti zat besi dan kalsium dari bijirin penuh merupakan nutrisi yang diperlukan oleh ibu semasa dalam kehamilan.

Adakah individu yang mempunyai kencing manis sesuai untuk mengambil minuman 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Diabetes merupakan penyakit kronik yang berlaku apabila pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang mencukupi atau badan tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan. Mengubah gaya hidup dan diet pemakanan dengan memilih makanan yang betul dapat mengawal kadar gula darah. Pengambilan makanan yang berserat tinggi dan bijirin, pada masa yang samamengurangkan pengambilan kanji atau bijirin terproses, gula dan makanan berlemak tinggi.

18 Bijirin merupakan minuman bijirin yang mengekalkan nutrient bijirin, terutamanya serat makanan, vitamin, mineral, protein dan antioksidan, dan juga merupakan makanan yang berglisemik rendah. Serat tidak larut air dapat menggalakkan peristalsis gastrousus dan seterusnya mengeluarkan toksin dari badan.Manakala serat larut air, seperti Fibersol-2 boleh melambatkan kadar penyerapan dan kadar peningkatan gula darah, dan juga dapat membantu menurunkan kolesterol selain dapat memberikan rasa kenyang. Antioksidan seperti ubi keledek ungu, akar bit merah dan daun Ashitaba dapat membantu dalam melambatkan penuaan sel dan menguatkan fungsi badan.

Bagaimanakah minuman 18 Bijirin membantu dalam menurunkan tahap kolesterol tinggi?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Ramai orang mempunyai pemandangan yang kurang baik terhadap kolesterol, mereka beranggap bahawa kolesterol adalah bahaya untuk tubuh. Sebenarnya, kolesterol adalah penting bagi mengekalkan integriti sel badan. 1/3 kolesterol dalam tubuh adalah diperoleh dari makanan dan diserap ke dalam aliran darah melalui saluran gastrointestinal. 2/3 yang lain pula disintesis dalam hati. Kolesterol boleh dibahagikan kepada kolesterol “jahat” (LDL-C) dan kolesterol “baik” (HDL-C). Sekiranyakandungan kolesterol “jahat” adalah tinggi, iaakan mudah menyebabkan arteriosklerosis.

Bagaimana untuk mengurangkan kolesterol “jahat”?
Pengambilan serat larut air yang banyak dalam pemakanan seharian. Serat makan dari 18 bijirin dan

Fibersol-2 dapat mengurangkan lemak dalam darah dan seterusnya membantu dalam mencegah penyakit kardiovaskular di mana ia dapat menghalang asid hempedu daripada diserap semula oleh hati dalam badan. Kolesterol merupakan salah satu komponen dalam asid hempedu.

Bolehkah individu yang berkencing manis untuk mengambil ubi keledek ungu?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Pesakit diabetes boleh mengambil ubi keledek ungu, ia bukan sahaja dapat mengawal gula darah, malah juga dapat membekalkan nutrien, akan tetapi pesakit diabetes tidak boleh mengambil ubi keledek secara berlebihan.

Perbandingan antara ubi keledek ungu dan keladi:

  Ubi keledek ungu/100g Keladi/100g
Nutrien Vitamin A: 709mg

Kalium: 47mg

Vitamin A: 7mg

Kalium: 816mg

Gula 4.2g 5g
Kalori 86 kcal 102g

Indeks glisemik (GI) dan kalori ubi keledek ungu adalah lebih rendah berbanding dengan beras putih yang biasa diambil (GI untuk ubi keledek ungu: 56 – 69; GI untuk beras putih: 98).
Ubi keledek ungu juga mengandungi serat makanan yang tinggi, dapat bantu dalam melambatkan penyerapan gula darah dan seterusnya menurunkannya.

Bolehkah bayi untuk mengambil minuman 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Boleh. Bayi yang berumur 12 bulan ke atas boleh mengambil VGrains 18 Bijirin.

Ia merupakan minuman bijirin yang berkhasiat yang diperbuat daripada 18 jenis bijirin penuh dan tambah dengan 7 bahan unik seperti ubi keledek ungu, beri biru dan lutein.

Adakan ia akan menyebabkan masalah “badan panas” apabila minum VHalia dalam jangka masa panjang?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Kebanyakan orang beranggap bahawa halia adalah panas dan tidak boleh makan terlalu kerap, kerana pengambilan yang banyak boleh menyebabkan sembelit, sebenarnya ini merupakan pandangan yang salah. Halia adalah hangat, kebanyakan orang beranggap ia panas adalah disebabakan oleh rasanya apabila minum. Sama seperti beras putih, ia tidak mengandungi gula apabila makan, tetapi ia akan bertukar menjadi gula dalam badan kita. Prinsip untuk kedua-dua situasi ini adalah sama. Apabila kita minum air halia, iaadalah hangat dan panas tetapi ia tidak akan menyebabkan badan menjadi panas. Oleh itu, minum VHalia dalam jangka masa panjang tidak akan menyebabkan masalahbadan panas dan kita juga sewajarnya mengambil air yang cukup dalam kehidupan seharian.

Masa yang sesuai untuk mengambil VHalia. Bolehkah ia diambil sebelum tidur pada waktu malam?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Sebenarnya, kebanyakan makanan adalah sama, kesan pengambilan akan berbeza mengikut badan pemakan masing-masing. Halia adalah sesuai untuk diambil pada bila-bila masa, tetapi ia perlu diambil perhatian terutama pada individu yang sensitif terhadap halia.

Adalah dicadangkan untuk mengambil minuman VHalia 18 bijirin pada waktu pagi untuk memanaskan badan. Disebabkan oleh gingerol dalam halia dapat menggalakkan peredaran darah untuk, oleh itu bagi individu yang sensitif, mungkin boleh menyebabkan insomnia apabila mereka mengambil halia pada waktu malam. Oleh itu, waktu yang sesuai untuk mengambil halia bagi setiap individu perlu juga mengambil kira gaya hidup, kesesuaian dan sensitiviti badan mereka.

 

Bolehkan ibu mengandung mengambil VHalia 18 Bijirin?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Kepekaan terhadap insulin berkurang apabila ibu mengandung. Dalam tempoh kehamilan ini, pengambilan bijirin penuh yang tinggi dengan serat dapat melambatkan pembebasan glukosa ke dalam darah, pada masa yang sama memberikan rasa kenyang kepada ibu mengandung. Di samping itu, vitamin dan mineral seperti zat besi dan kalsium dari bijirin penuh merupakan nutrisi yang diperlukan oleh ibu semasa dalam kehamilan. VHalia merupakan minuman bijirin yang berkhasiat yang sesuai untuk semua golongan masyarakat.

Rasanya berbeza dengan yang biasa?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Minuman 18 bijirin GoodMorning diperbuat berasaskan tumbuh-tumbuhan semulajadi, jadi rasa produk mungkin berbeza-beza bergantung pada musim dan bahan-bahan.

Cara penyediaan untuk bayi?

This post is also available in:
enEnglish zh-hans中文

Boleh bancuhkan serbuk 18 bijirin bersama dengan susuformula mereka. Contohnya, boleh menggantikan satu sudu serbuk susu formula dengan serbuk VGrains 18 bijirin. Ataupun boleh disediakan sebagai minuman kepada mereka dengan menambahkan 3 sudu VGrains 18 bijirin dalam 150ml air suam.


.

...


 

 SUBMIT NOW 
close-link