5 Tips Kekal Aktif Sepanjang Ramadan
This post is also available in:
English

Ramadan ialah bulan keberkatan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam kerana di dalam bulan Ramadan segala amalan akan digandakan pahala dan terdapatnya malam Lailatul Qadar iaitu malam seribu bulan. Pada bulan ini juga umat Islam diwajibkan berpuasa agar dapat melahirkan keinsafan serta menyucikan jiwa dan rohani. Namun, berpuasa tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti. Ikuti tips di bawah untuk kekal cergas dan bertenaga semasa berpuasa.
1. Sahur dengan makanan yang berkualiti
Bersahur adalah antara elemen utama semasa berpuasa. Sahur dapat membantu membekalkan tenaga untuk terus bersedia sepanjang hari. Jadi teramatlah penting untuk memilih makananan yang bersesuaian serta berkhasiat. Pilihlah makanan yang tinggi indeks glycemic agar dapat membekalkan tenaga lebih lama seperti bijirin, oat, serta kekacang termasuklah kurma. Selain itu, anda juga boleh pelbagaikan menu dengan mengambil protein dan vitamin serta serat seperti telur, ikan dan juga sayur-sayuran.
2. Dapatkan air dengan cukup
Setiap daripada kita memerlukan 2-3 liter air setiap hari supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Namun, berpuasa menjadi alasan untuk tidak mendapatkan air dengan cukup. Dicadangkan pada waktu sahur anda mendapatkan air sebanyak 600ml -1 liter air. Air ini termasuklah susu, air putih atau sup. Manakala mendapatkan sebahagian lagi 1liter- 1.4liter air pada waktu berbuka. Walaubagaimanapun, elakkan mengambil air manis kerana ia boleh membuatkan badan menjadi lesu dan letih.
3. Dapatkan qailullah selama 15-20minit
Qailullah ialah tidur sebentar sebelum waktu zuhur. Tidur ini dapat memberikan kerehatan kepada badan serta menyegarkan kembali otak yang sedang lesu. Ini dapat mengembalikan semula tenaga anda untuk meneruskan aktiviti harian yang seterusnya.
4. Lakukan senaman ringan
Jangan jadikan alasan berpuasa sebagai alasan untuk tidak melakukan senaman. Senaman amat baik bagi melancarkan aliran oksigen ke seluruh badan. Lakukan senaman ringan setiap hari selama 5-10minit walaupun masih berada di tempat kerja. Antara senaman yang paling mudah untuk dilakukan adalah regangan tangan serta badan untuk dapatkan semula kesegaran. Sambil duduk pun anda boleh lakukan senaman ini!
5. Makan berpada sewaktu berbuka
Ya. Memang anda letih dan lapar seharian berpuasa. Namun itu bukanlah alasan untuk anda makan seperti tiada hari esok. Pastikan makanan yang anda sediakan sewaktu berbuka menepati kelas makanan. Mengamalkan konsep suku, suku, separuh seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah lebih baik. Konsep suku, suku, separuh ialah dimana anda menyediakan suku pinggan adalah sumber karbohidrat seperti bijirin, ubi atau nasi, suku lagi ialah bahagian sumber protein seperti ikan, ayam atau daging, manakala bahagian separuh ialah sumber serat yg tinggi vitamin serta mineral seperti sayuran-sayuran dan buah-buahan. Jika anda mengambil makanan berminyak, perhatikan kuantitinya kerana minyak berlebihan menyumbang kepada kolesterol.

Mudah untuk mencadangkan namun tidak mudah untuk dilakukan. Bagi mereka yang sibuk dengan urusan harian amat sukar untuk menyediakan makanan berkhasiat dalam masa yg cepat. Kini ada pilihan terbaik untuk anda yang mahukan keperluan nutrisi yang lengkap. Rangkaian produk GoodMorning yang terdiri daripada GoodMorning Vplus, GoodMorning VGrains, GoodMorning VHalia dan GoodMorning VCoffee dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Rangkaian produk ini mengandungi bahan aktif seperti ubi bit merah, keledek ungu, beri biru, halia dan Garcinia Cambodia selain mengandungi 18 jenis bijirin penuh yang dapat mengatasi masalah kelesuan, melancarkan aliran darah serta mengurangkan paras kolesterol sambil memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. Produk-produk ini juga sesuai untuk diminum oleh semua peringkat umur juga sesuai untuk penghidap diabetes kerana tidak mengandungi gula. Hanya bancuh dengan segelas air suam atau sejuk sahaja!