Menu
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia
  • Syarikat
    • Sijil
    • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
    • Profil Syarikat
    • The Legend (Ebook)
  • Shop
  • Maklumat Produk
  • Media
    • Sudut Kesihatan
    • Pengumuman
    • Resipi
    • Berita
    • Galeri Gambar
    • Testimonial
    • Acara
    • My First Love
  • BM
    • English
    • 中文
Close Menu

Mari lakukan ujian mudah untuk mengetahui kesihatan usus kita!

Health Corner

This post is also available in: English 中文

Pilih “Ya” atau “Tidak” berdasarkan keadaan di bawah:

  1. Kerap tidak ambil sarapan
  2. Suka makanan bergoreng
  3. Kerap ambil makanan terproses
  4. Lebih suka makan daging daripada sayur-sayuran (kurang mengambil makanan tinggi serat)
  5. Tidak gemar makan rumpai laut, kekacang dan kentang
  6. Lebih gemarkan snek tinggi MSG daripada makan nasi
  7. Gemar minuman alkohol
  8. Tidak suka bersenam/bersukan
  9. Kerap tidur lewat
  10. Mudah berasa letih dan lesu
  11. Kerap sakit kepala dan sakit-sakit badan
  12. Berat badan meningkat
  13. Mudah mengalami sembelit atau cirit-birit
  14. Kerap tahan buang air besar
  15. Gusi berdarah semasa memberus gigi
  16. Kulit kering, kasar dan berjerawat
  17. Badan mudah kena alergi dan jerawat
  18. Mudah tersinggung dan berdebar
  19. Perut bergas dan sebu
  20. Nafas berbau
  21. Lemah imun badan dan mudah jatuh sakit
  22. Sukar tidur malam

 

Berdasarkan keadaan di atas:

 

1. Jika anda menjawab “Ya” 4 kali atau kurang

“Tahniah! Anda mempunyai usus yang sihat! Kekalkan gaya hidup dan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit ”.

 

2. Jika anda menjawab “Ya” 5 hingga 12 kali

“Anda perlu berikan lebih perhatian kepada kesihatan usus anda! Ada yang tidak kena pada usus anda. Jumlah bakteria jahat di dalam usus semakin meningkat dan menyebabkan ketidakseimbangan jumlah bakteria baik! Perbanyakkan pengambilan makanan tinggi serat, probiotik dan karbohidrat untuk menyeimbangkan jumlah bakteria baik dan jahat, meningkatkan jumlah najis dalam usus dan memperbaiki keadaan usus.

 

3. Jika anda menjawab “Ya” 13 kali atau lebih

“Anda mempunyai usus yang tidak sihat. Ini akan memberikan kesan yang serius kepada kesihatan anda. Oleh itu anda perlu mengambil tindakan dengan segera untuk mengembalikan kesihatan usus anda! Jika kesihatan usus kerap terganggu, ketidakseimbangan bakteria baik dan jahat akan terus berlaku. Ini akan memberikan kesan kepada sistem imunisasi badan, mudah terkena penyakit, malah akan meningkatkan risiko kanser kolon (CRC). Anda perlu lebih berikan perhatian jika anda mengalami sembelit yang teruk, mudah letih dan sebagainya! Jangan tunggu lagi, dah tiba masanya untuk pembersihan usus!”.

 

Lebih suka dengan cara detoksifikasi yang mudah?

Jika anda jawab ya, anda bolehlah mencuba GoodMorning Betox. Cuma perlu campurkan 1 peket GoodMorning Betox ke dalam 150ml air bersuhu bilik, goncangkan dan minum! Anda boleh mengamalkannya setiap hari. GoodMorning Betox ialah minuman tinggi serat yang sedap yang diformulasikan daripada buah-buahan, rumput gandum, probiotik dan prebiotik bagi membantu anda detoks dan membersihkan sistem badan dari dalam, lantas menghasilkan usus yang lebih sihat.

 

Related Posts

Health Corner

4 Cara untuk Tingkatkan Sistem Imunisasi Anda

Health Corner

Goji Berries and Eyes👀

Health Corner

Kanser Payudara: Pembunuh No.1 di Kalangan Wanita

Back To Top
GoodMorning Global . Jenama Minuman Pelbagai Bijirin Yang Pertama di Malaysia

KHIDMAT PELANGGAN: +6011 1100 1818 / 1 300 22 1818 ORDER PERTANYAAN: +6013 911 1818

Ikuti Kami

About Us

  • Pendidikan & Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Company Profile (Ebook)
  • The Legend (Ebook)

Customer Support

  • FAQ
  • Terms of Use
  • Shipping Policy
  • Return Policy

Find Us

  • Hubungi Kami
  • Store Locator

Newsletter

Subscribe and get our promotion, recipes and events info
Copyright © GoodMorning Global® Sdn Bhd. All Rights Reserved.