Halia merupakan herba tradisi yang banyak digunakan, ia mempunyai rasa pedas, memberi aroma wangi dan sebagai penambah rasa dalam masakan, malah membantu membuang bau hanyir untuk masakan ayam, ikan dan daging. Sebab tu lah mak-mak kita dulu memang banyak guna halia ni bila nak masak.

Halia juga diakui dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Di musim perayaan ni, bila perut terasa sebu dan sengkak, air rebusan halia adalah antara minuman yang boleh melegakan. Memang bagus dan berkesan!  Ada lagi khasiat dan manfaatnya yang lain. Nak tahu? Jom semak!

KHASIAT HALIA

1. MENGEKALKAN PEREDARAN DARAH NORMAL

  • Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk melancarkan aliran darah serta mengelak dari kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Malah pengambilan yang berterusan dikatakan dapat membantu menurunkan paras gula serta menstabilkan tekanan darah.

2. BANTU KURANGKAN RASA SAKIT & KERADANGAN 

  • Halia mengandungi gingerol dan shagaol, bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semula jadi yang kuat.

3. MENGUBATI BATUK BERKAHAK 

  • Jika anda mengalami gangguan pernafasan kerana batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan mencairkan kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

4. CEGAHAN DEMAM DAN SELESEMA

  • Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema dalam kalangan orang dewasa, rendam dua sudu besar halia segar yang dicencang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari

5. MENGURANGKAN SAKIT PERUT & BANTU PENYERAPAN NUTRIEN DALAM USUS

  • Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut.
  • Halia merangsang rembesan enzim gastrik dan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

6. MENGUATKAN DAYA TAHAN BADAN

  • Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan halia setiap hari membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri.

7. ANTI PENUAAN

  • Halia kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu melawan radikal bebas. Ia juga mempercepatkan proses pembaharuan dalam badan, melindungi dan memperbaiki sel-sel, sekali gus melambatkan proses penuaan.

8. MENURUNKAN BERAT BADAN

  • Halia mengandungi banyak elemen “pembakaran”, mempercepatkan metabolisme dan mengurangkang selera makan.

NIKMATI KEBAIKAN HALIA DENGAN CARA LEBIH MUDAH & CEPAT!

Rutin harian yang sibuk serta lebih mementingkan selera anak-anak adalah antara faktor yang menyukarkan anda untuk menikmati hidangan berasaskan halia dalam sajian harian. Ini kerana jika ditambah dalam masakan, anak-anak pasti kurang gemar dek kerana rasanya. Begitu juga jika nak dijadikan minuman. Prosesnya agak renyah dan mengambil masa.

Kini segalanya lebih mudah dengan GoodMorning VHalia.  Kebaikan yang terkandung dalam halia boleh anda nikmati hanya dengan segelas minuman halia-bijirin yang lazat dan berkhasiat ini.

GoodMorning VHalia dihasilkan dengan 18 jenis bijirin penuh:

APA ITU BIJIRIN PENUH?

  • Bijirin merupakan makanan ruji pada semua manusia.
  • Bijirin penuh merangkumi keseluruhan benih tumbuhan dan juga merupakan sumber tenaga pada kehidupan.

GoodMorning VHalia juga mengandungi 9 ramuan unik yang membantu memberikan rasa selesa pada tubuh. Antara ramuan yang terkandung dalam minuman ini ialah:

  1. Halia Buluh – Mempunyai kandungan antioksidan yang 2 kali lebih tinggi dari halia biasa, kerana hidup di kawasan dan tanah yang tinggi yang kurang pencemaran. Ia lebih berkhasiat berbanding halia biasa.
  2. Quinoa Merah – Sumber protein baik, tinggi antioksida dan serat makanan yang membantu pergerakan usus.
  3. Fibersol-2 – Merupakan serat larut air yang membantu pergerakan usus serta melancarkan sistem pencernaan.
  4. Prebiotik Inulin – Sejenis serat larut air yang membantu menjaga usus, meningkatkan pembiakan bakteria baik dan menguatkan sistem imunisasi.
  5. ẞ-Glucan – Membantu kawal gula dalam darah tinggi, tekanan darah tinggi serta tahap kolestrol.
  6. Kurma – Mengandungi vitamin, mineral dan serat makanan serta bagus untuk proses penghadaman.
  7. Lutein – Berfungsi dalam menjaga mata serta meningkatkan daya penglihatan.
  8. Aquamin F (Kalsium) – Membantu menguatkan gigi dan tulang.
  9. Lesitin – Mengekalkan kesihatan saluran darah dan jantung serta meningkatkan fungsi dan perkembangan sel-sel otak.

KEISTIMEWAAN MINUMAN GOODMORNING VHALIA

Minuman GoodMorning VHalia sangat bagus kerana:

  1. Membantu anda kelihatan lebih muda berseri.
  2. Membantu meredakan sakit-sakit badan.
  3. Mengenyangkan, sesuai untuk yang menjaga berat badan.
  4. Melancarkan proses detoksifikasi dan membantu penghadaman
  5. Membantu mengawal tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  6. Membantu mengelakkan selsema.
  7. Membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan baik untuk ibu yang mengandung dan sesiapa yang tidak boleh mengambil gula/manis secara berlebihan.
  8. Mengurangkan rasa loya dan muntah bagi ibu-ibu yang mengalami ‘Morning Sickness’.
  9. Membantu mengurangkan rasa letih & lesu
  10. Berkesan untuk memanaskan badan.
  11. Membantu memberikan ketenangan dimana aroma dari halia membantu melegakan dan menenangkan minda ibu yang menyusu badan.

GoodMorning VHalia sangat sesuai dijadikan minuman harian untuk seisi keluarga.

Hanya perlu bancuh dan nikmatinya secara suam atau sejuk! Memang terbaik!