Ikan Salmon Vplus Thai
This post is also available in:
English
中文
Masakan yang terdiri daripada 3 negara iaitu Thai Tomyam, sos Itali dan GoodMorning® Vplus 18 Bijirin.
Bahan:
500g salmon, 1 sudu makan pes Thai Tomyam, ½ biji epal hijau (dipotong dadu), 6 biji strawberi (dipotong dadu), sedikit madu, minyak zaitun
Sos:
30g Vplus 18 Bijirin, sedikit yogurt rendah lemak, ½ biji lemon, sedikit kulit lemon, cili merah, tangkai ketumbar (dicincang), garam, lada, emping selasih, air
Cara Memasak:
- Ikan salmon dicuci dan dipotong kecil. Perap ikan salmon bersama pes Tomyam, madu dan empingan ketumbar. Simpan di dalam peti sejuk 2-3 jam.
- Panaskan minyak zaitun dan goreng ikan salmon satu minit pada kedua-dua bahagian.
- Campurkan Vplus 18 Bijirin dan semua sos yang lain.
- Letakkan ikan salmon di pinggan, tambah sos dan epal hijau and strawberi.
- Taburkan emping selasih dan sedia dihidangkan.